BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 8, 2010

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Jumaat lepas, tetibe saya rase sakit perut memulas2...tue pun pas bangun subuh..sbb cuti Deepavali, saya pun cuba utk tido lg..tapi x bleh nak lena...pusing kanan x kena, pusing kiri pun x kena...tetibe rase cam 'cuak' plak..x kan sakit nak besalin kot...baru 33 mggu...emmm...saya tahan jea sampe kul 7 lebih...

saya: abg, sakit perut la...memulas2 dr td..

hubby: sakit camner?nak besalin dah ke?sakit sgt ke? (wat muka terkejut)

saya: skit2 la..kontraksi palsu kot..

hubby: abg pun dah sakit2 pinggang nie...kalu sakit sgt bgtau ler...(risau)

pas hubby gie keje, saya pun baring2 ngan farhanah...lame2 sakit tue pun hilang...barulah saya tau rase 'Kontraksi Braxton's Hicks (BH)'...harap2 kali nie kalu sakit kat umah, kuarlah tandanya...sebab mase farhanah dulu, saya x rase pun sakit 'tanda2' awal nie..tau2 bile chekup dah buka 2 cm...terus admit & induce..sakit nak besalin pun kejap sgt pastu terus kuar baby..so skg nie cam ingat2 lupe plak rase sakit tue...huhu

nak share info nie:

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

Dah x sabar sebenarnya nak besalin...lebih2 lagi pas kwn baik, Cik Suriana selamat melahirkan anak ke-2, baby girl pada 5/11/10 lps...baby seberat 3.2kg dilahirkan secara czer sbb laluan x terbuka sejak hari selasa (2/11/10)...pas induce pun masih lg 1cm...baby tue diberi nama NUR SYAZA IZZATI BT. MOHD JEFRI...tahniah ana & hubby...


khamis nie chekup kat hospital lagi...harap2 kepala anak ibu dah turun..anak ibu kalu nak kuar, bgtau awal2 tau...ibu blum siap kemas2 lg nie...hehehee


2 comments:

puterihannan said...

ooo.. itu ke BH namanya.. slalu gak rasa bl time2 pas buat keje...

p/s: masa bersalin 1st dulu sy pun alami keadaan yg sama mcm kwn momma tu bukaan tak improve lebih 12 jam...kena czer la...

Amy Syaquena said...

salam..

Jom join baby contest 'ANAKKU'

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/11/si-manja-bersama-anakku-di-sinar-raudah.html