BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 30, 2011

selamat bercuti

selamat bercuti semua...

Selalunya kalu cuti lame2 nie ibu blk kg..tapi mggu nie kami x blk sbb mggu lps baru balik kenduri...so cam boring plak..abah keje hari nie..ibu ingat nak bwk anak2 jln2 jap krg..gie tesco @ jj beli brg dapur..
Sok ptg nak gie kndr umah k.ariss kat s.alam..isnin plak blum terpikir nak gie mane..

Emm...baik kemas umah yg sepah2 nie sbb mggu dpn p.lang dr perak nak dtg..nak dok 2-3 hari sbb temankan anaknya nak start keje...ibu suka bile ade sedara mara yg dtg TAPI risau sbb umah ibu kecik @ sempit..bilelah hajat nak beli umah sendiri nie akan tercapai..hajat nak cari umah teres 1 @ 2 tgkat sbb keluarga ibu BESAR..seleselah skit kalu berkumpul ramei2..insyaallah, semoga impian ibu nie cepat2 tercapai..amin




Friday, April 29, 2011

2 parcel hari nie

hari nie sampe 2 parcel kat ibu (poslaju)...suka sgt2...hehhe

1. Romper adik yg dibeli kat Trendyzs Kids and babies Shop

2. Photobook dr Khai Photography @ IbuDamia (tebus voucer contest little Princess/Prince)


Romper MU + free gift

muka depan photobook





isi dalam


ibu teruja tgk baju Mu sbb abah mesti suka..adik pun nak gak baju MU sbb kakak ade dah baju jessy...

photobook plak ibu suka sgt sbb kebanyakkan gambar kakak farhanah ade dlm hard disk jea..so bile ade photobook nie, bleh la wat simpan2...SUKANYA...


bye...

Thursday, April 28, 2011

dah ok sikit

muka adik yg ruam


pg td nak gie taska...dah ok skit..tp blum licin abis lg..


leka main menan yg ibu baru beli semalam



senyummm!!!

cite bergambar jea..sbb nak blk dah..ujan dah turun nie..x sabar nak jumpe anak2 ibu...

bye...


Tersenarai dalam TOP12 Cute Baby With Hat Contest..

semalam petang sebelum blk keje ibu dpt tau kakak farhanah tersenarai dlm TOP 12 "Cute Baby Hat Contest' anjuran mama balqis...seronok ibu walaupun baru tersenarai TOP 12..hari nie result TOP 6 plak..kalau kakak farhanah dapat masuk TOP6 dah buleh layak merebut hadiah Grand Prize 2D1N Vacation...tak sabar nak tggu result...hehehe

semua yg tersenarai mmg comel2..yg ibu kenal Damia Aleesya (anak ibu Damia), Dania Aleesha (anak cute mum) & Ahmad Ariff Shah (anak MZ)...GOOD LUCK semua...



bye...

Wednesday, April 27, 2011

Ruam...kesian adik

ruam kat muka adik

'pengantin' sblm tukar baju


start jumaat lepas, muka adik naik ruam2...memule sikit jea..pastue bile nak kenduri hari ahad, naik byk plak...sian anak ibu..

hari isnin, abah carik krim EZZERA kat farmasi..dulu mase kakak farhanah kecik pun kene cam nie jugak...cepat jea baik pas guna krim nie...

semoga adik cepat sembuh...sayang die...muaahhhh!!



kakak pun nak interpren jugak...


bye...

Friday, April 22, 2011

"CERIA SIHAT GIVEAWAY"


anjuran: SYA

tarikh tutup: 25 April 2011



MamaZakwan's Birthday Giveaway

nak join GA anjuran MamaZakwan plak..

tarikh tutup: 23/4/2011 kul 11.59 mlm

"Jika ibu ada RM50, ibu teringin nak blanja Nad@MamaZakwan MAIN BOLING sebagai hadiah besday sebab sambil main bleh kenal2..pastue ajak kwn2 bloger lain join & wat portluck...wah, dah jimat tue...bleh bersuka ria & tunjuk skil memasing (ibu x pandai main ok)...mesti happening!!! yeayyy!!!"


"semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & genbira selalu...amin"

bye...

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

adik atiqah dah baik demam..selsema dah berkurangan..batuk plak kdg2 jea terdgr..tapi bile die batuk, sian jea..ade bunyi kahak..geram plak ibu sebab rase cam nak sedup kuar kahak tue...kalu selsema bleh gak ibu sedut hingus adik...nie kahak...camner??

pagi td bile sampe opis kwn alam maya, pija (fb & blog) bagi link utk masalah kahak kat baby...harap2 berkesan..balik nie ibu nak try buat kat adik plak...

sumber dari Our Journey:

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.


cepat baik yea syg..ahad nie nak kenduri cukur jambul adik..mlm nie kita balik kg..yeayy!!


Thursday, April 21, 2011

Kakak & Adik

saje nak upload gambar 2 org buah hati ibu nie..amek gambar mlm td sebelum tido..sibuk kakaknya mengacau adik...kakak cepat jelez tp x penah lg 'pukul' adik..kalu abah & ibu ngah main2 ngan adik, die pun sibuk nak main same..si adik plak kalu nmpk kakaknya kat sblh bukan main lagi gelak2..

terhibur bile tgk gelagat anak2 nie..walaupun penat, hati tetap ceria tgk senyuman dieorg...LOVE U SYG...







** pssttt...kakak dah hafal doa nak tido & doa naik kenderaan..tetibe jea mlm bile ntah die bace doa nak tido tanpa disuruh..slalu ibu bace, die ikut...doa naik kenderaan plak ibu baru jea ajar 2 mggu lps..dah 3-4 hari nie die bace sendiri (hafal)...sukanya ibu..hehehee

bye...

Tuesday, April 19, 2011

1st time abah ber 'rock climbing'

ahad lepas abah ikut papa amad gie 'rock climmbing'..angah,redken & puteri pun join sekali...ibu, kakak & adik jd tukang tgk jea...nie 1st time abah join..main kat 'taman cabaran' Putrajaya..kami sampe dlm kul 4 & balik kul 6++...sebelum balik sggh dataran putrajaya dulu..layankan kakak farhanah main beskal & bagi mkn ikan...hehehe

berlatih dulu

cam2 aksi kat tmpt 'beginner'

adik yg baik

kakak lg baik...sampe peluh2 bermain

semangat btul abah nie..gmbr kat tempat yg bertali tue ibu x ambek sbb jauh..huhu..
abah ckp semggu 1 kali nak join..nak bagi kempes skit perut tue...perut abah dah 'buncit' kate kakak...iyoo kan ajelah..hehe

syok tgk org2 yg climbing nie..mcm best jea..agak2 ibu bleh ke kalu nak climbing nie?cam berminat jea... hiksss


Monday, April 18, 2011

Hasilnya....ibu SUKA...!!

ibu hepi sgt hari nie...walaupun hasilnya masih belum 'banyak' tp ibu tetap suka & alhamdulillah...rezeki utk adik atiqah..

hasil pam kul 11 pg

hasil pam kul 3 ptg

jumlah hasil hari nie = 8 oz

jumaat lepas pas balik keje, hasil pam sebelah cik B dpt 4 oz..sebelah lg adik hisap...sukanya hati ibu sbb hasil SI semakin banyak...walaupun x byk seperti org lain, ibu tetap berbangga...selalunya hasil pam kat opis ibu cume dpt 4 - 5 oz jea..

harap2 pil motillium yg ibu mkn skg nie membuahkan hasil walaupun lmbt memberi 'kesan'...ibu berdoa semoga adik dpt terus menikmati khasiat susu ibu...InsyaAllah...


Thursday, April 14, 2011

Contest Baby Comel by Shiela Firdaus

Kak Shiela Firdaus ade wat "Contest Baby Comel"...nak mintak kwn2 undi Adik Atiqah bleh x?

yang no. 17 tau..

cara-caranya:

1. Jadi follower Kak Shiela Firdaus

2. Vote no.17 & tulis kat bahagian komen beliau

senang jea kan carenya...ape lagi, jomlah ramei2 pakat undi Adik Atiqah Fari'ah

time kasih semua...


Wednesday, April 13, 2011

Domperidone (Motilium)

pil tambah susu


masa ibu bwk adik gie klinik hari tue, ibu ade cite psl doc bg pil tambah susu kan..so semalam ibu baru start makan pil tue...pil tue namenya 'Domperidone (Motilium) 10mg'...ibu kene mkn 1 biji, 3 kali sehari..ibu berdoa agar selepas mkn pil nie, susu ibu akan bertambah meriah..amin

Pil Domperidone ini berfungsi untuk meningkatkan @ menambah hormon PROLAKTIN..

berikut sumber yg ibu dapat dari blog 'Mom's Choice':

" Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.

Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

milk-ejection

Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:

  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  • Payudara diisi dengan susu semula
  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula

Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.

Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).

milk-secretion&milk-ejection

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex."

Hasilnya masih belum nampak sebab baru mkn kan...ini merupakan ikhtiar ibu yg terbaru bagi menambahkan susu ibu...ibu akan terus berusaha agar adik dapat minum susu ibu sepenuhnya...semoga ibu tabah dlm menghadapi cabaran untuk memperjuangkan 'penyusuan susu ibu ini' ...InsyaAllah...


Teka-Teki by Cute Mum


Jom join teka-teki plak...hehe

anjuran 'Cute Mum'


Tuesday, April 12, 2011

Adik Demam

hari sabtu pagi adik dah menunjukkan tanda2 nak demam...mase tue pkl 5 pg..adik tendang2 ibu sbb nak nyusu...bile ibu bagi tek, die minum jap pastue lps..hidung plak bunyi2 tanda tersumbat..bile ibu angkat die nak betulkan kedudukan, terasa panas belakang badan...pegang dahi confirm demam..terus ibu buka barut & stokin..amek tuala kecik, basahkan & letak kat dahi..pastue ibu bg susu sambil duduk..sampelah dkt kul 7 kejut abah bangun & siapkan sarapan abah..bile abah siap mandi & pakai baju, baru die perasan ade tuala kat dahi adik..siap marah ibu sbb x bgtau adik demam...huhuhu...

sepanjang hari ibu pantau suhu badan adik..panasnya x lame sbb pas tghari, dah kebah...adik plak mcm biase...senyum, ketawa & ramah berbual ngan ibu...malam & sepanjang hari ahad badannya x panas lg..siap kami berjln2 umah maklong sambut besday kakak hanis..pastue jln2 jap kat Putrajaya..nk tido mlm pun bdnnya x terase panas so ibu pun legalah sbb demamnya x berpanjangan...

isnin pagi (dlm kul 4 pg), ibu rase badan adik panas lg..tp x lah panas sgt..mase nak mandikan die, ibu perasan byk plak tahi mata adik kat mata sblh kiri..ibu dah tau hari nie mesti adik demam..so ibu bekalkan cool fever & bgtau kat taska adik demam...kalu demam panas sgt dah pesan suh bgtau cepat2..ptg mase amek, kakak (yg jg kat taska) ckp bdn adik x panas sgt..so die x pakaikan cool fever..cuma tahi matanya byk..ibu tgk mata adik dah bengkak skit..sepanjang perjalanan balik (dlm kete) adik tido..nk buka mata sakit agaknya..sian sgt ibu tgk..slalu dlm kete, adik senyum2 kat ibu..sayu + sedih la plak...huhu

sampe umah ibu susukan adik dulu..ibu bersihkan mata adik & titikkan skit susu ibu..pastue bile abah blk keje & tgk adik demam, abah ajak terus gie klinik..kali nie ibu bwk adik gie Klinik Pusat Rawatan Impian, Saujana Impian...1st time gie sini sbb mama fiza (kwn ibu) keje sini..kebetulan mase kami sampe, fiza baru nak blk..so die terus bwk adik jumpe Doc Kamesah...x yah tggu name kene panggil..hehe..

Doc chek adik & suhu adik 37.7 kira dah demam la..pastue doc bgtau tahi mata tue sbb adik selsema..bile selsema, bb akan batuk & bertahi mata sbb hingus x brape nak kuar..so doc ajar care2 nak legakan hidung adik guna spray..pas spray, kuarlah lendir2 kat hidung adik..baru nmpk die sng nk bernafas...

ubat spray utk hidung adik

sambil2 doc chek adik, ibu pun tanye psl masalah susu ibu yg x brape nak byk nie..doc pun suggest suh ibu amek ubat 'motilum' dulu...kalu ade ape2 masalah bleh refer kat die..pas settle byr bil (RM103) kami pun blk umah...nie ubat2 adik..

ubat mata, cairkan kahak & demam

sampe umah, ibu pun bg adik ubat...alhamdulillah, sng bg adik mkn ubat..same cam kakaknya..kakak plak bile nmpk ubat adik, die pun nak...siap ckp 'kakak demam ibu'..hehehe
pas mkn ubat, ibu pun susukan adik...pastue die tido dgn lenanya...bgn nyusu pun dah nk pagi..pas subuh baru ibu pakaikan cool fever sbb cam panas skit dahinya...

tido pas bg mkn ubat

bngn pagi...dah sihat

hari nie ade chekup adik kat KK Kajang...so kami pun 'bermalas-malasan' dulu pas abah gie keje...kul 10.30 baru ibu bwk adik & kakak gie KK...anak2 ibu mmg baik...blum penah wat ibu 'gabra' walaupun hanya kami ber-3..berat adik naik skit jea...4 bulan = 5.5 kg..x pe syg...walaupun berat adik x naik byk, adik tetap cergas & keras bdnnya...sng ibu nak jaga..walaupun x berat, bile didukung penat/letih gak tau...hehehe

semoga adik cepat sembuh...ibu sayang anak2 ibu...muaaahhhh!!!