BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 24, 2010

Perkembangan anak ibu...

Lame x update cite pasal anak dara sorang nie...sekarang farhanah dah 2 thn 4 bln...cam kejap jea mase berlalu...pejam celik pejam celik, farhanah nak dpt adik dah...hehehehe

perkembangan setiap kanak2 mmg berbeza...ade yg cepat serba serbi & ade jgk yg lmbt skit...Alhamdulillah, Farhanah cepat belajar...dia dah pandai bace doa mkn, nyanyi lagu ABC, nyanyi lagu Alif Ba Ta, kira 1, 2, 3 (BI & BM) & petah bercakap...sampe x larat ibu & abah nak melayan...asyik nak bertanya jea..farhanah jugak x berape pelat..so ape yg die sebut/cakap, kita bleh faham...

duduk dlm kete pun mmg dah ok sgt...cite upin & ipin mmg x tggl...kalu die nak tgk, mmg sng sgt la..x bebel jea mulutnya...kalu mood die x nak tgk upin, die akan mula nyanyi..dr lagu 'ibu ibu' sampelah lagu 'buai tggi2'...kelakar bile dgr die nyanyi..paling die suka kalu abis nyanyi jea ibu ckp 'pandainya anak ibu & tepuk tangan'...mmg die hepi...kalu die panggil nama ibu @ abah, kn nyahut..kalu tidak, die akan panggil sampe kita jwb 'yea syg'....bijak btul anak ibu nie...

satu lg, yg saya perasan farhanah jenis mudah ingat...dr kecil die dah kenal logo 'Tesco, Giant, C4, McD, KFC, Shell, Petronas & byk lagi...die jugak bleh sebut nama ibu, abah, ayah, mak, nenek, atuk, makcik & beberapa nama lg..dan lg 1 bile msk jln ke Putrajaya (dpn hospital serdang) bleh die cakap 'yeay...Putajaya'...pelik gak...x tau mane yg die cam...lampu jln die kot...hehehee...

farhanah jugak suka sgt menulis...kalu dpt pen/pensel, mesti die mtk buku..alhamdulillah, die bkn jenis yg menconteng dinding...kalu 'ter' buat, mmg kn jentik ngan abah...ape yg die punya mmg die akan ckp 'ana unya'...x bg org lain amek @ usik...emmm, kedekut gak kdg2 anak ibu nie...hehehehe

oklah..nie gmbr yg ibu ambek mlm td..suka sgt bila dpt cup cake yg mama fiza bg...sampekan ibu & abah nak tolong pegangkan pun die x bg...farhanah mmg suka kek...sesape punya kek besday, die akan tumpang potong...hahahaha




semoga anak ibu sentiase sihat & bertambah bijak...nak jd kakak dah nie tau...jgn manja2 sgt yea syg...sentiase dgr ckp ibu & abah tau..."Ibu & Abah Love U so Much"....muaaahhhh!!!

Monday, June 21, 2010

Kencing Manis Ketika Hamil

* Ehsan dr en. google

Kencing Manis Semasa Hamil (Gestational Diabetes)

Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.

Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.
Risiko-Risiko
Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:

1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
2. Berlebihan berat badan
3. Wanita yang lebih berusia
4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis

Bagaimana Ia Dirawat?
Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.
Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.


Isnin lepas (7/6/10), saya ke hospital Putrajaya untuk review result BSP yg dibuat hari jumaat sebelumnya...bile doktor tgk result, bacaan x brape cantik...pg pas puase 4.2 & yg paling tinggi 7.22 so doc terus suh saya masuk wad...doc nak bagi insulin sbb bahaya katanya kalau x dikawal di awal kehamilan...mengganggu pertumbuhan baby..so ptg tue saya admit ward..bile doc dtg check, die suh tgk bsp dulu..so sepanjang mlm nurse amek drh utk chek bacaan gula..alhamdulillah, sampe pg bacaan semua cantik jea...bile doc dtg pagi tue, die ckp x yah start insulin...die suh beli alat chek gula dlm darah..

ptg tue saya bleh kuar hospital tp kn amek bacaan sendiri setiap hari...kalu bacaan x cantik, akan amek insulin....jadinya, saya kn 'control diet' bebetul...x nak ape2 berlaku kat baby...takut sgt...'semoga Allah lindungi kandunganku..amin...'



inilah alat yg saya kn beli tue..skg hari2 saya amek bacaan gula dlm drh..1 hari sekali jea...mase amek ikut cam wat BSP...


Wednesday, June 16, 2010

hepi besday sayang

lamenya x update blog nie...bz sgt2 sejak kebelakangan nie..apepun saya nak wish 'hepi besday' to my hubby yg ke 35 thn pd 3hb Jun lepas...kami cume sambut dirumah jea...farhanah la yg paling suka sbb die dpt potong kek...hehehe

'Abang, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberkati Allah selalu...I LOVE U so much'

kek besday..yg kecik utk farhanah mkn dulu...hehehe

farhanah yg xcited potong kek...'hepi besday abah!!'

potong kek dulu...

hadiah yg x seberapa dr ibu...oklah tue...hehehe

Thursday, May 27, 2010

Darah Tinggi Semasa Hamil

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.

Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

Jenis-jenis Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi kronik

Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.

Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.

Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)

Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.

Pre-eclampsia (PE)

Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.

Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.

Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Penyebab Pre-Eclampsia

Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.

Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.

Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?

Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

  • Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
  • Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
  • Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
  • Migrane
  • Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
  • Mempunyai hypertension kronik
  • Terlalu kurus
  • Terlalu rendah
  • Kandungan kembar
  • SLE
  • Kandungan molar
  • Simptom-simptom PE

    Adakalanya ia tidak memberi sebarang gejala tetapi bergantung sepenuhnya kepada tahap keterukan PE tersebut.

    • Mata berpinar atau rasa mahu pitam
    • Mata menjadi sensitif kepada cahaya
    • Sakit kepala
    • Sakit pada perut sebelah kanan atas
    • Muntah

    Rawatan

    Sekiranya anda mengalami PE yang teruk, rawatan yang paling berkesan ialah dengan melahirkan. Ia tidak menjadi masalah sekiranya kehamilan mencecah 38 minggu tetapi sekiranya baru 30 minggu, ia boleh memberikan delima kepada doktor disebabkan bayi yang sangat pra-matang. Adalah menjadi kebiasaan untuk meng’induce’ kehamilan tersebut atau melahirkan bayi melalui pembedahan ceasarean.

    Bagi meraka yang mengalami PE yang sederhana atau ringan, kehamilan boleh diteruskan sehingga anak menjadi lebih matang, dengan syarat PE tersebut dalam keadaan terkawal. Tetapi sekirnya ia sudah dalam keadaan yang membahayakan, selalunya kelahiran akan dipastikan untuk menyelamatkan nyawa ibu tak kira apa usia kandungan.

    Adakah ia boleh terjadi lagi?

    PE boleh terjadi semula pada kandungan kedua sekinya anda pernah mengalaminya pada kandungan terdahulu. PE yang sederhana mempunyai kurang risiko untuk terjadi semula pada kandungan seterusnya adalah lebih kurang 5-10% sahaja.
    Sekiranya wanita pernah mengalami PE yang teruk, risiko untuk mengalaminya pada kandungan akan datang adalah lebih tinggi iaiatu 20-25%. Malangnya buat masa sekarang tiada ubat atau cara mujarat untuk memastikan ia terjadi atau berulang kali kedua.

Bila baca artikel nie, saya jd risau sgt...mase prgnt farhanah, saya mmg disahkan menghidapi PE nie...x mkn ubat cume doktor monitor aje...alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal pada usia kandungan 38 mggu...

awal bln 5 yg lepas, sya chek sendiri UPT dan resultnya +ve...Alhamdulillah...abg gembira sgt coz kami mmg tertggu2 nak bg farhanah adik...lgpun saya last peyod 24/1/2010...pas scan kat pakar 3/4/10 lps, mmg x de tanda2 saya prgnt..tetibe awal bln 5, +ve plak..mmg x tergambar kegembiraan kami berdua...abg dah xcited suh gie klinik & scan..saya cakap tggu besar skit..kalu wat skg takut x nmpk...sudahnya 22/5 slps besday saya, kami gie klinik area umah utk scan...doc pun ckp maybe kecik lg so takut x nmpk...trylah scan..terkejut doc coz bile kuar jea imej kat skrin, baby dah besar..dah ade tangan, kaki & jantung pun dah berdegup...lega rasenya so doc rase maybe dlm 8-9 mggu..Syukur, Alhamdulillah...

disebabkan tekanan darah saya tinggi hari tue, doc suh saya refer ke hospital Putrajaya utk rawatan lanjut..pada selasa lepas (25/05), saya ke hospital..saya daftar pkl 9 pg & hanya dipanggil pkl 1.45 ptg utk berjumpa doc...penat & lapau saya menunggu..nak pg mkn takut name kn pggl..sudahnya, saya hanya minum air milo & jus oren...

mase doc tanye sejarah kesihatan, die tanye sakit kpala & mata kabur x?saya jwb 'ya' sbb mmg saya skit kpala..x tau sbb lapau @ lain...sudahnya doc bgtau nak thn wad...saya ade tanda2 PE..sejuk seluruh bdn saya...doc scan dulu baby coz nak tgk perkembangannya...bile doc ukur panjang baby, die ckp baby 9 mggu...due 24/12/2010...tp x sure coz kn tgk baby besau skit & confirmkan due date...selepas doc berbincang ngan doc pakar lain, die suh saye rehat kat bilik rawatan dulu...nak monitor slps mkn ubat...3 jam saya baring & amek bacaan darah setiap 15 minit...alhamdulillah, bacaan turun ke normal...selepas amek darah & dgr ceramah doc kejap, saya dibenarkan balik..hari isnin depan saya kn wat MGTT..hari khamis (3/6), saya kn jumpe doc lg untuk tgk keberkesanan ubat tue...nmpknya akan bermulalah semula kunjungan 'tetap' saya ke Hospital Putrajaya nie...hehhee

so, saya kn jg pemakanan saya mulai hari nie...saya juga kn byk berehat & jgn stress...saya berdoa semoga baby dlm kandungan nie sihat sehingga dilahirkan...Amin..


Thursday, May 20, 2010

Hepi Besday & Hepi Anniversary to me...

hari nie 20hb Mei 2010...genap usiaku 30 tahun..hari nie jugak genap 5 tahun usia perkahwinanku dgn suami tercinta...'semoga aku dipanjangkan umur & dpt terus hidup bersama yg tersayang hingga ke akhir hayat...aku juga berdoa semoga aku dpt melihat anak2 membesar & berjaya...InsyaAllah...'


kebiasaanya, en abg ku tue mmg suka buat2 lupa...kn ingatkan baru nak wish besday...huhu...tapi semalam, kenangan bg aku....tetibe ade suprise utk aku...hehehe

setiap hari rabu, mmg aku akan temankan abg main badminton ngan angah & geng...balik keje smlm aku teringin nak mkn sate...so aku sggh beli sblm sampe umah...pkl 7.45 seperti biase kami gerak ke dewan...main 2 jam...penat aku melayan farhanah...abis main, kami biasenya minum2 dulu...semalam kami pg ke kedai mkn D'One kat bangi...tgh sdap mkn2 & borak2, farhanah 'poo pop' plak...emmm...aku bwk gie toilet...bile aku dtg kat meja, tetibe nmpk sebuah kek siap ade lilin lg...pastue semua nyanyi lagu 'hepi besday'...farhanah la paling suka coz dpt tiup lilin & potong kek...terkezut gak sebenarnya...terharu jea...aku ucapkan terime kasih kat semua...hehehe

bile aku tanye abg, die kate die suh angah belikan kek...angah plak suh Chua belikan...so kira idea abg & kek disponsor oleh Chua...mkn mlm tue plak dibelanja oleh abg...tq sayang...

sebenarnya, aku mmg x sangka abg akan wat suprise...sepanjang 13 tahun mengenali dirinya, die bkn jenis org yg begitu...hadiah, mmg aku x harapkan...cukuplah sekadar die ucapkan kat aku...itu lebih bermakna...

sempena anniversary, aku ade belikan baju 'germany' kat die ahad lps...aku suh die carik & pilih sendiri...takut die x suka kalu aku pilih...hehehe...lagi satu, hadiah yg paling berharga bagi kami adalah 'baby' yg sedang aku kandung...masih terlalu awal untuk aku umumkan tp amat berharap dan berdoa agar anak ibu ini membesar dgn sempurna dlm perut ibu nie...amin....x sabar nak bagi adik kat kakak farhanah...hehehehe...

gambar potong kek smlm ade kat hp abg...x dpt nak tempek kat sini...so aku nak kongsi gambar kawin aku 5 tahun lepas...


saat dinikahkan oleh tok kadi

selepas sah menjadi suami isteri

posing atas pelamin

semoga ayg terus menjadi tukang 'sabar' kat abg...hehehe

gambar yg aku suka...abg cakap cam 'adibah noor'...hehehe

mlm nie nak celebrate kat mane yek??emmm...kn tanye abg dulu nie....hehehehe

bye....

Monday, May 17, 2010

lensaMama Cutest Baby in Red Contest



teringin plak nak join contest yg dibuat zaza, cutest Baby in Red Contest...contest di taja oleh Pinky Frog Shop & Funky Mama.


contest nie dibuat secara bulanan...so utk bln May 2010 nie, contest bertemakan 'RED'...bak kata zaza, "Go get a picture of your child in RED! RED romper, RED tees, RED pants or REDskirt. This month contest dateline will be on 20th May 2010. So hurry up and join this contest NOW!"

kebetulan 20th May 2010, merupakan besday saya yg ke 30th & ulangtahun perkahwinan yg ke-5..mcm teruja plak nak join...hehehee...

rasenya semua syarat2 dah di penuhi...so nie gambar yg saya pertaruhkan...




Nama Penuh: Nur Amirah Farhanah Bt. Fuad
Tarikh Lahir: 31hb Januari 2008


bagi kwn2 yg nak join contest nie, bleh la rujuk syarat2 nya disini...cepat cepat...tarikh tutup 20hb Mei 2010...selamat berjaya kat saya....hahahhaa....enjoy!!!


Tuesday, May 11, 2010

Kesihatan Saya

saya amat risau dgn kesihatan badan saya sekarang...memandangkan badan saya yg 'gemuk', maybe byk penyakit yg bakal hinggap sebelum masenya...bayangkan, mase mengandung jea dulu saya ade 'kencing manis' & 'darah tinggi'...sepanjang 9 bln tue juga saya slalu berulang alik ke hospital untuk BSP & amek bacaan tekanan drh...ahhh...risaunya...saya x nak ianya berulang utk 2nd prgnancy...huhu


pada 3/4/2010, saya telah berjumpe doc pakar (Doktor Fatimah) di klinik An-nur, Bangi...tujuan utama untuk check kenapa saya susah untuk mengandung...sebelum nie, saya mengambil mase 2 thn utk prgntkan farhanah...perkara pertama yg doc suh saya buat ialah 'kuruskan badan'...saya mengiyakan sbb mmg saya rase bdn nie mcm dipam2 plak...slps wat 'vagina scan', doc ckp rahim & ovari saya ok...maybe disebabkan 'gemuk', telur x keluar & sbb tue saya jrg peyod...so, doc bg ubat hormon & mtk saya dtg semula pada 2nd day peyod...

saya nekad utk kurangkan mkn nasi...so saya amek produk Melilea yg dibagi oleh Fiza...produk nie berasaskan organik...saya minum 'melilea organik soya drink' & 'melilea greenfield organic'...


melilea greenfield organic

melilea organik soya drink

Alhamdulillah, bile saya amek minuman nie saya rase kenyang & badan pun rase ringan jea..so, saya kurang mkn nasi...tp sarapan saya x tggl...tghari saya x mkn nasi & mlm saya cume mkn dlm kuantiti yg sikit (sekadar meneman hubby & farhanah mkn)...hehe...byk kelebihan produk nie & ianya sesuai utk semua peringkat umur..kebiasaannya, produk ini diambil oleh kaum 'Cina'...sebabnya, kaum ini amat pentingkan kesihatan mereka...btul x??

saya amat berharap dgn cara pemakanan saya sekarang, akan 'memulihkan' semula kesihatan dalaman saya...dan berharap sgt agar saya cepat mengandung...x sbr nak bg farhanah adik...InsyaAllah...